Sunday, January 16, 2011

AJL25 HDTV (2011)




Sebanyak 30 buah lagu dipertandingkan namun hanya 14 terpilih untuk mewarnai Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25). Saingan bermula sejurus selepas tiga pusingan separuh akhir Muzik Muzik berakhir.
Juri profesional yang terdiri daripada Azhar Borhan, Azmeer, Edry Hashim, Che Kem dan Zainuri Misfar sepakat memilih lagu yang seiring dengan aliran muzik terkini yang disifatkan membawa inspirasi baru kepada persada seni tanah air.
Pencalonan pada tahun ini juga dilihat lebih banyak menampilkan saingan daripada artis lelaki kerana hanya empat 'bunga' yang turut berentap merebut gelaran juara AJL25.


Berikut 14 lagu yang layak ke AJL25

1. Faizal Tahir - Hanyut
2. Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
3. Hafiz - Noktah Cinta
4. Meet Uncle Hussain - Drama King
5. Adira - Ku Ada Kamu
6. Yuna - Cinta Sempurna
7. A.P.I - Pelita
8. Tomok - Berlari
9. Black - Sofea Jane
10. Hujan - Mencari Konklusi
11. Faizal Tahir - Selamat Malam
12. Bunkface - Extravaganza
13. Stacy - Jahat
14. Anna Raffali - Tolong Ingatkan Aku

No comments:

Post a Comment