OHHH… HARAMMMM… mengisahkan tentang Rahimi, anak Fazil dan Faridah yang baru sahaja menamatkan pengajian Usuluddin di Isketambola setelah lima tahun tidak pulang ke tanahair. Rahimi dahulunya seorang yang periang dan lembut kini menjadi tegas tidak bertempat. Kepulangan Rahimi membataskan banyak aktiviti dan rutin seisi keluarga, apa sahaja yang tidak betul di mata Rahimi akan ditegah. Kegembiraan buat Ain bertukar menjadi perbalahan adik-beradik. Suatu hari, motor yang ditunggang oleh Rahimi gagal dikawal, dia dan Ain terjatuh. Ain diserang Asma dan keadaan dia semakin sesak. Farhana dan Zali cuba mencari ikhtiar malangnya tiada kereta yang lalu di jalan itu mahu berhenti bila ditahan. Apakah Rahimi akan menghalalkan hukum disaat darurat?
No comments:
Post a Comment