TV9 bersama DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) bakal mengadakan satu acara yang pasti menggegarkan persada seni tanahair iaitu karnival dan konsert rock, “GIG TV9 bersama DiGi” pada 9 dan 10 Julai 2011, bertempat di I-City Shah Alam.
Selain Battle of the Indie Band, GIG pada hari pertama ini turut menampilkan kumpulan indie Rock tempatan seperti AwanBand, The Azenders, Pesawat, Azlan & The Typewriter, Drama Band dan Projek Pistol untuk menggegarkan pentas di I-City. Konsert yang diberi nama “Saturday Afternoon Jam” ini akan dihoskan oleh Ikhwan Hot FM dari jam 5.00petang hingga 7.00malam.
Manakala konsert GIG kedua pada keesokan harinya akan digegarkan oleh kumpulan muzik yang mempunyai nama besar dan terkenal di persada seni tanahair iaitu Wings, Hujan, Aizat, Bunkface dan 6ixth Sense. Konsert yang dihoskan oleh Faizal Ismail ini bakal disiarkan secara langsung di TV9 pada jam 8.30malam hingga 10.30malam.
No comments:
Post a Comment